
Raja berusia 87 tahun itu menerima perentak jantung sementara pada Sabtu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman ketika lawatan peribadi ke Langkawi.
“Jangkitan kuman itu kini lebih terkawal. Baginda mempunyai kadar degup jantung rendah dan memerlukan perentak jantung kekal,” menurut kenyataan istana.
Peranti itu akan dimuatkan sebaik jangkitan kuman baginda sembuh sepenuhnya, dan pemimpin itu dijangka berada di hospital sehingga minggu depan.
Raja Harald yang menaiki takhta Norway pada 1991 adalah raja tertua Eropah. Baginda kerap dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman sejak beberapa tahun ini, selain pernah menjalani pembedahan jantung.
Putera Mahkota Haakon memangku tugas bapanya bila perlu.