25 maut nahas di Tanzania

25 maut nahas di Tanzania

Kejadian dipercayai akibat kegagalan sistem brek sebuah trak.

Kemalangan meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa melibatkan warga asing antaranya dari AS, UK, Afrika Selatan, dan Nigeria. (Gambar X)
MOSCOW:
Sekurang-kurangnya 25 termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam nahas di wilayah Arusha, utara Tanzania, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Sputnik.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek sebuah trak, menyebabkan ia melanggar tiga kenderaan lain, lapor akhbar The Citizen.

Seramai 11 daripada yang maut adalah wanita, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Kemalangan itu melibatkan warga asing daripada pelbagai negara, termasuk Kenya, Togo, Madagascar, Burkina Faso, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, Switzerland, dan United Kingdom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.