4,000 lukisan hangus kebakaran muzium di Abkhazia

4,000 lukisan hangus kebakaran muzium di Abkhazia

Kebakaran dikatakan berpunca daripada kabel elektrik di bahagian bumbung.

Kira-kira 4,000 lukisan di muzium terletak di wilayah pemisah Georgia, Abkhazia musnah. (Gambar Bernama)
MOSCOW:
Kira-kira 4,000 karya lukisan abad ke-19 dan ke-20 musnah selepas sebuah muzium kesenian di wilayah pemisah Georgia di Abkhazia terbakar, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kebakaran itu menyebabkan kerosakan yang tidak boleh kami pulihkan. Semua gambar hangus,” kata Pengarah Galeri Seni Negara, Suram Sakaniya.

Menurut perkhidmatan kecemasan, kebakaran bermula di bahagian bumbung dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kabel elektrik.

Antara karya yang musnah ialah lukisan oleh seniman Abkhazia dan pelukis asing. Kira-kira 300 lukisan oleh artis Abkhazia Aleksandr Chachba-Sharvashidze (1867-1969) yang juga terkenal di luar negara turut musnah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.