
Penerbangan 1182 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Toyama, tetapi berpatah balik ke Lapangan Terbang Sapporo-New Chitose, selepas keretakan ditemui pada bahagian paling luar daripada empat lapisan tingkap mengelilingi kokpit.
Jurucakap itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 59 penumpang dan enam anak kapal.
Pesawat itu bukan Boeing 737 MAX 9 yang menjadi tumpuan selepas panel kabin pesawat baharu Alaska Airlines tertanggal ketika di ruang udara minggu lalu.
“Keretakan itu tidak menjejaskan kawalan atau tekanan dalam pesawat,” kata jurucakap ANA.
Jumaat lalu, pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat melanjutkan penggantungan Boeing 737 MAX 9 tanpa had masa bagi pemeriksaan baharu dan mengumumkan ia akan memperketatkan pengawasan Boeing sendiri.