
GAZA: Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, meningkat kepada 23,210 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.
Agensi Anadolu melaporkan sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan-jalan raya kerana ambulans tidak dapat masuk ke lokasi serangan disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan tentera Israel.
Serangan berterusan rejim itu turut memusnahkan 60% infrastruktur di Gaza manakala hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.
Penduduk juga bergelut dengan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.