2 pesawat berlanggar di Haneda, 5 kru Pengawal Pantai Jepun terbunuh

2 pesawat berlanggar di Haneda, 5 kru Pengawal Pantai Jepun terbunuh

Sebuah pesawat membawa penumpang dilaporkan bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda.

Pesawat Japan Airlines terbakar akibat pelanggaran dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. (Gambar AP/Kyodo News)
TOKYO:
Lima anak kapal Pengawal Pantai Jepun terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki berlanggar dengan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa, lapor Xinhua.

Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di wilayah Niigata susulan suatu siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin, lapor penyiar awam NHK.

Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya diselamatkan.

Pesawat dari Lapangan Terbang New Chitose di wilayah Hokkaido itu dilaporkan bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda.

Anggota bomba masih berusaha memadamkan api.

Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.

Menurut Kementerian Pengangkutan, akibat pelanggaran itu, semua landasan di Lapangan Terbang Haneda kini ditutup.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.