
“Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi waktu tempatan (0900 GMT), seorang lelaki cuba melarikan diri sebelum rebah akibat cedera,” kata Penolong Ketua Polis Houston, Megan Howard dalam sidang media.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Isaiah Paker, berusia 20-an dan disahkan maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan.
Parker bertugas sebagai pekerja rencam dan menyertai parti Krismas bersama 14 saudaranya beberapa jam sebelum kejadian, lapor media tempatan memetik keluarga mangsa.
Lima lelaki berusia awal 20-an melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah trak disyaki dicuri.
Pemandu dan trak terbabit belum ditemui.