
MANILA: Seorang lelaki yang melarikan trak tentera yang diletakkan di luar pasar di Davao City, selatan Filipina sebelum merempuh orang ramai hingga menyebabkan dua orang maut dan tiga lagi cedera, lapor Xinhua.
Menurut polis, trak tentera itu diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjinnya masih hidup.
Seorang lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala sebuah kereta dan dua motosikal rosak.
Suspek telah ditahan polis.