Khidmat telekomunikasi di Gaza pulih selepas 4 hari terganggu

Khidmat telekomunikasi di Gaza pulih selepas 4 hari terganggu

Syarikat-syarikat telekomunikasi Jawwal dan Ooredoo memaklumkan, perkhidmatan telefon dan Internet di seluruh kawasan Gaza telah pulih.

Serangan udara dan darat oleh Israel di Semenanjung Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin terkorban, selain ratusan ribu kehilangan tempat tinggal. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu.

Syarikat telekomunikasi Jawwal dalam kenyataan, berkata perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza telah pulih.

“Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunikasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin terkorban, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.