16 maut, bas jatuh gaung di Filipina

16 maut, bas jatuh gaung di Filipina

Bas malang itu dalam perjalanan ke Culasi apabila mengalami kegagalan brek ketika melalui jalan berselekoh.

Filipina terkenal dengan undang-undang pengangkutan awam yang longgar dan keadaan jalan raya yang tidak terurus. (Gambar Wikimedia Commons)
MANILA:
Sebuah bas di Filipina yang membawa puluhan penumpang terhumban dalam gaung di tengah wilayah Antique menyebabkan sekurangnya 16 orang terbunuh, kata pihak berkuasa tempatan.

Lapan orang berada dalam keadaan kritikal di hospital manakala empat lagi stabil, kata Gabenor Antique, Rhodora Cadiao, kepada stesen radio DZRH.

Bilangan kematian yang disahkan itu adalah lebih rendah daripada 28 yang dilaporkan lebih awal dalam media tempatan.

Bas penumpang dari wilayah Iloilo itu dalam perjalanan ke bandar Culasi di Antique pada petang Selasa apabila mengalami kegagalan brek di jalan berselekoh dan terhumban ke dalam gaung sedalam 30m, kata Cadiao.

“Kami menggelar lokasi itu sebagai itu ‘selekoh mau’. Ini kejadian kedua bas jatuh di sana,” tambah Cadiao.

Operasi menyelamat ditamatkan selepas semua mayat dibawa keluar dari lokasi nahas, kata pihak berkuasa Antique di Facebook.

Jumlah penumpang bass itu, yang pada mulanya dianggarkan seramai 53 orang masih perlu disahkan, katanya.

Filipina terkenal dengan undang-undang pengangkutan awam yang longgar dan keadaan jalan raya yang tidak terurus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.