178 rakyat Palestin terbunuh sejak Israel lancar semula serangan

178 rakyat Palestin terbunuh sejak Israel lancar semula serangan

Serangan ke atas Gaza itu bersambung selepas beberapa minit berakhirnya jeda kemanusiaan.

Seramai 178 menjadi korban termasuk kanak-kanak dan wanita selepas Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza. (Gambar AP)
GAZA:
178 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh, manakala 289 lain cedera sejak tentera penceroboh Israel melancarkan semula serangan di Semenanjung Gaza, pada pagi Jumaat.

Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, 30 lagi mangsa terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.

Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.

Tentera penceroboh Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, hanya beberapa minit selepas berakhirnya jeda kemanusiaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.