
NEW YORK: Bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger meninggal dunia pada Rabu di rumahnya, di Connecticut pada usia 100 tahun.
Lahir di Jerman pada 1923, mendiang Kissinger meninggalkan seorang balu Nancy Maginnes Kissinger, dua anak daripada perkahwinan pertamanya, David dan Elizabeth serta lima orang cucu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan Kissinger Associates, Inc.