10 maut dirempuh rai kejayaan Boakai menang pilihan raya Liberia

10 maut dirempuh rai kejayaan Boakai menang pilihan raya Liberia

Kejadian berlaku apabila orang ramai meraikan kejayaan Joseph Boakai yang menang pilihan raya presiden.

Sekurang-kurangnya 10 maut di Monrovia, Liberia apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Joseph Boakai. (Gambar Reuters)
MONROVIA:
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh di Monrovia, Liberia apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Joseph Boakai yang memenangi pilihan raya presiden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut laporan media, orang ramai sedang meraikan peralihan kuasa di ibu pejabat Parti Perpaduan Boakai apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh mereka.

Akhbar tempatan Liberian Observer dan portal berita Front Page Africa yang memetik saksi kejadian melaporkan 10 terbunuh, manakala 20 lagi cedera.

Motif kejadian tidak dapat dipastikan dan pemandu kereta itu melarikan diri dengan motosikal.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Okt.

Menurut keputusan itu, penyandang yang juga bekas pemain bola sepak dunia Geoge Weah tewas apabila memperoleh 49.4% undi, manakala Boakai mendapat 50.6%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.