4 didakwa curi mangkuk tandas bernilai lebih RM27 juta

4 didakwa curi mangkuk tandas bernilai lebih RM27 juta

Semua lelaki itu didakwa mencuri dan bersubahat mencuri mangkuk tandas bersalut emas di Istana Blenheim pada 2019.

Mangkuk tandas bersalut emas yang berfungsi sepenuhnya itu dipasang sebagai karya seni di istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill. (Gambar Wikipedia)
LONDON:
Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tandas yang dijadikan hiasan dan dianggarkan bernilai USD5.95 juta (RM27.78 juta) itu dilaporkan hilang dalam satu kejadian pada September 2019.

Pada Isnin, Crown Prosecution Service (CSP) berkata pihaknya membenarkan pertuduhan jenayah ke atas empat lelaki itu yang akan hadir di Mahkamah Majistret Oxford pada 28 Nov ini.

Tertuduh ialah James Sheen, 39, dari Wellingborough, Northamptonshire yang berdepan pertuduhan pecah rumah dan dua lagi pertuduhan.

Selain itu, Michael Jones, 38, dari Oxford, didakwa atas pertuduhan pecah rumah manakala Fred Doe, 35, dari Ascot, Berkshire, dan Bora Guccuk, 39, dari barat London, masing-masing didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.

Tandas yang berfungsi sepenuhnya itu dipasang sebagai karya seni di Istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.