
Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu Los Angeles Times bahawa Perry, 54, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi panas di rumahnya di Los Angeles, dan tidak dapat disedarkan.
Menurut LA Times dan TMZ yang mula-mula melaporkan kematian Perry, memetik sumber, tiada tanda-tanda perbuatan khianat.
Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam siri “Friends” yang ditayangkan di NBC selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.
Perry bergelut dengan ketagihan ubat tahan sakit dan alkohol selama bertahun-tahun, dan beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik pemulihan.
Pada perjumpaan semula “Friends” yang disiarkan baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan pelakonnya apabila mengakui mengalami keresahan yang teruk “setiap malam” semasa penggambaran.
TMZ melaporkan, tiada dadah dijumpai di lokasi kejadian pada Sabtu.
Selain “Friends”, Perry turut membintangi filem seperti “Fools Rush In” dan “The Whole Nine Yards”.