Tembakan rambang Maine paling buruk tahun ini di AS

Tembakan rambang Maine paling buruk tahun ini di AS

Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 60 lagi cedera dalam tembakan di tiga lokasi di Lewiston.

Polis Maine mengeluarkan rakaman kamera pengawasan seorang lelaki bersenjata disyaki penyerang. (Gambar Androscoggin County Sheriff’s Office via AP)
WASHINGTON:
Tembakan rambang di Lewiston, Maine disifatkan insiden paling buruk di Amerika Syarikat pada 2023, menurut statistik Gun Violence Archive (GVA).

Sekurang-kurangnya 22 maut, manakala 60 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di tiga lokasi di bandar itu, menurut laporan media pada Rabu.

Pihak berkuasa di Androscoggin County berkata, pasukan kecemasan menerima laporan mengenai kes tembakan di beberapa lokasi.

Polis Maine kemudian mengeluarkan rakaman kamera pengawasan seorang lelaki bersenjata yang disyaki penyerang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Suspek serangan itu masih bebas dan orang ramai di kawasan itu diminta supaya sentiasa berwaspada,” kata Polis Maine di X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.