Korban Gaza meningkat kepada 5,087

Korban Gaza meningkat kepada 5,087

Korban melibatkan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita dan 217 warga emas manakala 15,273 orang cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

Seramai 436 orang maut, termasuk 182 kanak-kanak dalam tempoh 24 jam saja, kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra. (Gambar AP)
GAZA CITY:
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 5,087, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Korban melibatkan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita dan 217 warga emas manakala 15,273 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra pada sidang media di Gaza City.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam sahaja seramai 436 orang maut, termasuk 182 kanak-kanak akibat kezaliman Israel.

Kementerian Kesihatan setakat ini menerima laporan kira-kira 1,500 orang, termasuk 830 kanak-kanak, masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gaza terus dibedil dengan bom serta dikepung sejak 7 Oktober, dan penduduk di wilayah ini amat memerlukan bantuan kemanusiaan seperti bekalan perubatan, bahan api serta keperluan asas lain, termasuk air bersih dan makanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.