
TEHRAN: Pasukan keselamatan Iran membebaskan bapa Mahsa Amini hari ini, selepas menahannya dan memberi amaran kepadanya supaya tidak memperingati ulang tahun kematiannya, kata kumpulan hak asasi manusia.
“Pasukan keselamatan menahan Amjad Amini hari ini dan membebaskannya selepas mengugutnya tidak memperingati ulang tahun kematian anak perempuannya,” kata rangkaian Hak Asasi Manusia Kurdistan.
Kematian Mahsa dalam tahanan polis setahun lalu mencetuskan protes antikerajaan selama berbulan-bulan yang menjadi protes terbesar terhadap pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu.
Pegawai Iran tidak dapat dihubungi Reuters untuk mengulas.