
Laporan Le Figaro pada Jumaat memetik kenyataan kumpulan itu berkata, al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) mengumumkan rancangan itu dalam terbitan terbaru majalah Sada al-Malahim.
Menurut laporan itu, Sweden antara negara Eropah yang memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya.
Kumpulan itu merujuk insiden pembakaran al-Quran di Sweden baru-baru ini.
AQAP dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira, Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.
Katanya, ia disebabkan kurang kehadiran tentera Perancis dan Amerika Syarikat di Sahel, Levant dan Afghanistan serta serangan mungkin dilakukan sama seperti 2015.