Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier Austria

Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier Austria

Pihak berkuasa sedang mengesan waris mangsa untuk mengenal pasti identitinya dengan jelas melalui perbandingan DNA.

Mayat lelaki itu ditemui dua pendaki di kawasan Hochgruberkees kira-kira 2,800m dari paras laut minggu lalu. (Gambar Wikipedia)
VIENNA:
Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan glasier di Austria, kata polis Salzburg pada Isnin.

Mayat itu ditemui dua pendaki minggu lalu di kawasan Hochgruberkees kira-kira 2,800m dari paras laut, menurut polis.

Mayat lelaki itu kemudiannya diterbangkan dari lokasi kejadian dekat Fusch an der Großglocknerstraße ke kawasan lembah.

Polis percaya mayat itu adalah lelaki yang hilang sejak 1971 dan dokumen pengenalan dirinya ditemui pada mayat tersebut, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa sedang mengesan waris mangsa untuk mengenal pasti identitinya dengan jelas melalui perbandingan DNA.

Penemuan itu menyusul satu lagi mayat manusia ditemui di glasier Austria lain pada awal musim panas ini.

Pada pertengahan Ogos lalu, pendaki gunung ski menemui bahagian badan manusia di glasier Tyrolean.

Awal bulan ini, analisis DNA mengesahkan cebisan mayat itu milik seorang lelaki berusia 37 tahun yang hilang di kawasan Schlatenkees pada 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.