
CAPE TOWN: Lebih 35 migran dikhuatiri lemas di Teluk Aden selepas sebuah kapal karam di Godoria, dekat bandar Obock di timur laut Djibouti, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kapal itu membawa kira-kira 60 migran ketika ia karam pada petang Khamis.
Setakat ini, IOM berkata, 26 migrain diselamatkan dan 11 mayat ditemui, manakala lebih 24 lagi hilang.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Jumaat, tetapi angka korban mungkin jauh lebih tinggi.
Setiap tahun, lebih 200,000 migran menempuh perjalanan berbahaya dari pantai Djibouti melintasi Teluk Aden menuju Yaman, menurut IOM.