Disyaki ikut laluan tak wujud, pendaki maut terjatuh di Banjaran Alps

Disyaki ikut laluan tak wujud, pendaki maut terjatuh di Banjaran Alps

Pemilik tanah menghubungi polis pada Ahad selepas mendapati lelaki dari Siegen itu belum pulang dari pendakian di puncak Hoher Laafeld.

Polis berkata, mangsa mungkin tergelincir dan jatuh di atas batu sekurang-kurangnya 150m di Banjaran Alps sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar Facebook)
STUTTGART:
Seorang pendaki berusia 34 tahun disyaki terjatuh dari ketinggian 150m di Banjaran Alps, Jerman dekat Berchtesgaden dan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis pada Isnin berkata, mangsa dipercayai mengikuti laluan sering ditanda pada peta telefon bimbit yang sebenarnya tidak wujud.

Di kawasan “berbatu dan berumput, lelaki itu mungkin tergelincir dan kemudian jatuh di atas batu sekurang-kurangnya 150m,” menurut kenyataan itu. Mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki dari bandar barat Siegen di negeri North Rhine Westphalia itu belum pulang dari pendakian ke puncak Hoher Laafeld pada Sabtu lalu. Atas sebab itu, pemilik tanah menghubungi polis pada Ahad.

Bersama pasukan penyelamat gunung, mereka menemui mayat lelaki hilang itu pada ketinggian 1,880m dari paras laut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.