Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat 89

Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat 89

Kebakaran hutan Maui adalah kebakaran meragut nyawa terbesar dalam sejarah moden Amerika Syarikat.

Pada Sabtu, wilayah Maui dalam kenyataan berkata usaha memadam kebakaran masih diteruskan di Lahaina, Pulehu/Kihei dan Upcountry Maui, yang merekodkan 80 kematian. (AP pic)
MOSCOW:
Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89, lapor Sptunik memetik kenyataan Gabenor Hawaii Josh Green.

Berdasarkan angka kematian itu, kebakaran hutan Maui merupakan kebakaran yang meragut nyawa terbesar dalam sejarah moden Amerika Syarikat, mengatasi kebakaran Camp Fire California yang mengorbankan 85 orang pada 2018.

Terdahulu pada Sabtu, wilayah Maui dalam kenyataan berkata usaha memadam kebakaran masih diteruskan di Lahaina, Pulehu/Kihei dan Upcountry Maui, yang merekodkan 80 kematian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.