
Seorang wartawan televisyen Syria, berkata angka kematian awal menunjukkan seramai enam orang mungkin telah meninggal dunia. Stesen itu menyiarkan rakaman bahagian hadapan sebuah kereta yang hangus.
Seorang penduduk memberitahu Reuters dia mendengar letupan kuat sekitar 5.30 petang, sebelum pasukan keselamatan menutup kawasan itu.
Ia adalah serangan kedua minggu ini di makam terbabit. Dua orang cedera dalam letupan berasingan pada hari Selasa. Kawasan itu menjadi tumpuan pengikut Syiah yang berpusu-pusu ke sana sempena hari Asyura.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu semalam. Kumpulan militan Daesh mengaku melakukan serangan sebelum ini di kawasan berkenaan. Satu serangan yang dilakukan pada 2017 yang membunuh sekurang-kurangnya 40 orang.