26 maut bas masuk gaung di Mexico

26 maut bas masuk gaung di Mexico

Bas dari Mexico City itu dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 10 meter.

Sebuah bas dilaporkan terjunam dari cenuram di selatan Mexico hingga meragut nyawa 26 penumpang manakala 20 lagi cedera. (Gambar AFP/Tlaxiaco Municipal Police)
MEXICO:
Sekurang-kurangnya 26 penumpang terbunuh manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam dari cenuram di lebuh raya Oaxaca, selatan Mexico pada Rabu.

Bas dari Mexico City itu dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 10 meter, Xinhua memetik Setiausaha Kerajaan Negeri Jose de Jesus Romero sebagai berkata.

Angka kematian meningkat kepada 29 manakala 19 lagi cedera, menurut laporan terbaharu media tempatan.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Semua bantuan akan disalurkan kepada keluarga mangsa “untuk meringankan beban kehilangan mereka”, kata gabenor negeri Salomon Jara dalam ciapan di Twitternya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.