
Penyerang menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa pada tengah malam dan membunuh tiga wanita dan enam lelaki di bandar Batkhela di daerah Malakand, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut Agensi Anadolu.
“Kami telah menahan suspek, yang merupakan menantu kepada keluarga yang terbunuh,” kata Rab Nawaz, seorang pegawai pentadbiran tempatan.
“Isteri suspek bertengkar dengannya dan dia pulang ke rumah bapanya dan tinggal di sana.”
Pada malam Rabu, menantu lelaki itu bersama dua yang lain datang dan memasuki rumah bapa mentuanya sebelum membunuh sembilan orang termasuk isterinya, ketika mereka sedang tidur.
Hanya tiga kanak-kanak terselamat dalam serangan itu.
Pakistan sedang meraikan Aidiladha, dan ekoran tragedi itu, penduduk di kawasan itu kini berkabung.
“Ia adalah satu kejadian yang tragis dan seluruh bandar terkejut dengan pembunuhan kejam keluarga ini,” menurut Abdul Hakim, seorang penduduk tempatan.
Hakim berkata, penduduk tempatan turut mengadakan protes menuntut hukuman berat terhadap pesalah.