15 terkorban dalam nahas babit bas bawa warga emas

15 terkorban dalam nahas babit bas bawa warga emas

Menurut polis, kemalangan jalan raya yang mengorbankan begitu ramai mangsa seperti ini jarang berlaku di wilayah Manitoba, Kanada.

Nahas yang mengorbankan 15 mangsa di wilayah Manitoba, Kanada, berlaku setelah sebuah bas membawa warga emas bertembung dengan trak. (Gambar The Canadian Press/AP)
NEW YORK:
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas sebuah bas dan trak bertembung di wilayah Manitoba, Kanada, kata polis pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Kanada berkata, 10 mangsa yang cedera dibawa ke hospital susulan nahas yang melibatkan sebuah bas yang membawa warga emas.

Perdana Menteri Justin Trudeau menerusi Twitter berkata: “Kemalangan itu sangat tragis.”

Sementara itu, jurucakap polis dalam sidang akhbar berkata, kemalangan besar seperti itu jarang berlaku di wilayah terbabit.

“Saya tidak percaya kemalangan yang mengorbankan begitu ramai seperti ini berlaku di Manitoba.

“Nahas ini agak asing bagi kami dan anggota penyiasat kami … emosi mereka turut terkesan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.