7 maut dalam insiden berbalas tembakan polis dan penjenayah di Brazil

7 maut dalam insiden berbalas tembakan polis dan penjenayah di Brazil

Insiden berlaku antara polis dan mereka yang dipercayai cuba merompak pondok tol lebuh raya di negeri Goias Brazil.

Kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh. (Reuters pic)
RIO DE JANEIRO:
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh pada Rabu dalam kejadian berbalas tembakan antara polis dan mereka yang dipercayai penjenayah yang merancang untuk merompak pondok tol lebuh raya di negeri Goias Brazil, demikian disahkan oleh Polis Tentera negeri.

Menurut polis, insiden itu berlaku pada awal pagi di sebuah rumah di bandar Nova Gama, selepas Polis Tentera dimaklumkan oleh perkhidmatan risikan mengenai rancangan rompakan itu.

Pegawai yang pergi ke alamat itu mendapati sekurang-kurangnya 12 orang dipercayai berkumpul untuk melakukan rompakan itu.

Kedua-dua pihak berbalas tembakan, mengakibatkan empat suspek maut dan tiga lagi cedera, dan dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum mendapat rawatan, lapor Xinhua.

Lima daripada suspek melarikan diri dan sedang diburu.

Polis berkata kumpulan itu memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk 11 senjata api serta bahan letupan, peluru dan empat kenderaan curi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.