New Zealand tekad kurang ancaman keganasan sempena 4 tahun insiden Christchurch

New Zealand tekad kurang ancaman keganasan sempena 4 tahun insiden Christchurch

Seorang lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019, membunuh 51 orang dan mencederakan 40 yang lain.

Tahun ini menandakan ulang tahun keempat serangan Masjid Christchurch 2019, antara serangan pengganas paling terkenal di New Zealand. (Gambar Reuters)
WELLINGTON:
Kerajaan New Zealand komited mengurangkan ancaman keganasan dan ekstremisme kepada rakyat.

Andrew Little, ketua menteri penyelaras untuk Maklum Balas Kerajaan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Serangan Pengganas di Masjid Christchurch, membuat kenyataan itu sebelum menghadiri Mesyuarat Sub-Rantau keempat mengenai Membanteras Keganasan dan Keselamatan Transnasional yang akan diadakan di Melbourne, Australia.

Dipengerusikan bersama oleh Australia dan Indonesia, mesyuarat itu menjadi platform perbincangan dan kerjasama mengenai keselamatan termasuk keselamatan global, daya tahan siber, menentang serta mencegah keganasan dan ekstremisme, kata Little.

Mesyuarat itu turut dihadiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand, lapor Xinhua.

Tahun ini menandakan ulang tahun keempat serangan Masjid Christchurch 2019, antara serangan pengganas paling terkenal di New Zealand.

Seorang lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch, pada 15 Mac 2019, membunuh 51 orang dan mencederakan 40 yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.