100 rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Dhaka

100 rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Dhaka

Kawasan setinggan dipanggil Kunipara itu terletak di kawasan perindustrian Tejgaon di Dhaka, merupakan kediaman ramai penduduk miskin.

Sekurang-kurangnya 100 pondok yang diperbuat daripada zink, plastik dan kadbod musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, menurut bomba Bangladesh.
DHAKA:
Sekurang-kurangnya 100 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Dhaka, Bangladesh pada Isnin.

Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Bomba Rashed Khalid memberitahu wartawan bahawa insiden berlaku sekitar jam 7:50 malam waktu tempatan.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi berkenaan dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10.10 malam waktu tempatan, lapor Xinhua.

Kawasan setinggan yang dipanggil Kunipara itu terletak di kawasan perindustrian Tejgaon di Dhaka, merupakan kediaman ramai penduduk miskin.

Sekurang-kurangnya 100 pondok yang diperbuat daripada zink, plastik dan kadbod musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, menurut pegawai itu.

Punca sebenar kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.