9 maut angkara pengebom berani mati di Pakistan

9 maut angkara pengebom berani mati di Pakistan

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.

Angka kematian insiden letupan bom itu dijangka meningkat memandangkan ramai mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.
KARACHI:
Sekurang-kurangnya sembilan anggota separa tentera terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian pengebom bunuh diri di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, pada Isnin.

Kejadian itu berlaku berhampiran daerah Sibbi, menyasarkan trak yang membawa anggota separa tentera Balochistan Constabulary, kata jurucakap kerajaan Balochistan Farah Azeem, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata suspek yang menunggang motosikal merempuh trak yang membawa anggota tentera yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan sempena perayaan tahunan “Sibi Mela”.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ramai mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang kini berada di Qatar mengecam insiden itu dan mengarahkan agensi keselamatan untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.

Wilayah itu merupakan laluan utama projek Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai USD64 bilion, yang menghubungkan wilayah Xinxiang barat laut China ke pelabuhan Gawadar di Balochistan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.