Fosil telur dinosaur ditemukan di Korea Selatan

Fosil telur dinosaur ditemukan di Korea Selatan

Kebiasaannya, fosil telur dinosaur karnivor dan herbivor itu jarang ditemukan di lokasi sama, menurut sekumpulan saintis.

Empat telur dinosaur masih sempurna dan lebih 100 serpihan telur ditemukan di daerah Sinan di wilayah selatan Jeolla, Korea Selatan. (Facebook pic)
SEOUL:
Fosil telur dinosaur herbivor ditemukan baru-baru ini di wilayah Sinan di barat daya Korea Selatan, berhampiran tapak tempat fosil dinosaur karnivor dijumpai, lebih sedekad lalu.

Kebiasaannya, fosil telur dinosaur karnivor dan herbivor itu jarang ditemukan di lokasi sama, menurut sekumpulan saintis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Empat telur dinosaur masih sempurna dan lebih 100 serpihan telur ditemukan di daerah Sinan di wilayah selatan Jeolla pada Ahad lalu, menurut Pusat Penyelidikan Dinosaur Universiti Kebangsaan Chonnam. Fosil tulang dinosaur turut ditemukan di tapak itu.

Analisis lanjut menunjukkan sebahagian fosil berasal daripada telur dinosaur herbivor besar dengan selebihnya dianggap sama ada daripada dinosaur pemakan tumbuhan kecil atau burung.

Fosil itu ditemukan hanya 100m dekat dengan tapak sarang fosil dinosaur karnivor dijumpai pada 2009. Kedua-dua fosil itu dianggap berasal dari zaman sama kerana ia ditemukan pada lapisan batu sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.