
Penduduk di Lembah Esk menunggu di bumbung untuk diselamatkan pihak berkuasa. (Gambar AP)
Siklon Gabrielle mengakibatkan gangguan bekalan elektrik, kerosakan harta dan pemindahan penduduknya di Pulau Utara negara itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Agensi bomba dan kecemasan menemui satu mayat yang dipercayai milik anggotanya dalam kejadian tanah runtuh di Muriwai pada Rabu.
Anggota bomba itu dilaporkan hilang sejak malam Isnin.
Tiga lagi mayat, termasuk seorang wanita, dijumpai di wilayah Hawke’s Bay dalam kejadian berasingan.
Menteri Pengurusan Kecemasan, Kieran McAnulty memberi amaran angka korban mungkin meningkat.
Beberapa bandar masih terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.
McAnulty berkata, kira-kira 10,500 orang hilang tempat tinggal akibat ribut itu, manakala 144,000 pengguna menghadapi gangguan bekalan elektrik.