
Penduduk turut mengadu tidak mampu membeli bahan bakar untuk memanaskan rumah mereka dalam keadaan cuaca bawah tahap beku.
“Seramai 162 orang maut akibat cuaca sejuk sejak 10 Jan sehingga kini,” kata Shafiullah Rahimi, jurucakap menteri pengurusan bencana.
Kira-kira 84 kematian berlaku dalam tempoh seminggu lalu.
Cuaca terburuk dalam tempoh 15 tahun dengan suhu serendah -34 celsius melanda Afghanistan ketika negara itu menghadapi krisis ekonomi teruk.
Kebanyakan kumpulan bantuan kemanusiaan menangguhkan sebahagian operasi mereka sejak beberapa minggu lalu selepas pentadbiran Taliban memutuskan pekerja NGO wanita tidak boleh bertugas, seterusnya menyukarkan agensi berkenaan melaksanakan program mereka.
Peniaga runcit Ashour Ali, 30, yang tinggal di penginapan bawah tanah bersama lima anaknya mengakui keadaan terlalu sukar pada tahun ini.
“Musim sejuk kali ini amat teruk dan kami tidak mampu membeli arang.
“Anak-anak bangun menangis kesejukan pada setiap tengah malam sehingga pagi. Mereka semua demam dan setakat ini kami tidak menerima sebarang bantuan atau mempunyai makanan mencukupi.”