Letupan pelabuhan: Hakim siasat kes didakwa

Letupan pelabuhan: Hakim siasat kes didakwa

Sumber kehakiman kanan berkata Oweidat telah memfailkan tuduhan terhadap Bitar, tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Letupan pada 2020 itu membunuh lebih 220 orang. (Gambar AP)
BEIRUT:
Pendakwa utama Lubnan hari ini memfailkan tuduhan terhadap hakim yang menyiasat kejadian letupan pelabuhan Beirut pada 2020, kata sumber kehakiman hari.

Keputusan Ghassan Oweidat itu membayangkan tentangan pemerintah Lubnan terhadap usaha Hakim Tarek Bitar untuk meneruskan siasatannya terhadap letupan yang membunuh lebih 220 orang itu.

Semua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan turut diarahkan supaya dibebaskan, tetapi Oweidat berkata mereka mungkin akan dikenakan sekatan perjalanan.

Sumber kehakiman kanan berkata Oweidat telah memfailkan tuduhan terhadap Bitar, tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Oweidat turut mengeluarkan keputusan hari ini bahawa Bitar tiada kuasa untuk meneruskan siasatannya.

Bitar pada Isnin tiba-tiba memulakan semula siasatannya terhadap kejadian itu susulan campur tangan politik peringkat tertinggi, dan aduan terhadap penyiasatan itu yang mengakibatkannya tertangguh lebih setahun.

Beliau turut mendakwa beberapa pegawai kanan termasuk Oweidat, kata sumber kehakiman tanpa mendedahkan tuduhan yang dikemukakan terhadap pendakwa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.