Legenda bola sepak Brazil Pele meninggal dunia

Legenda bola sepak Brazil Pele meninggal dunia

Mendiang meninggal dunia di Sao Paulo pada Khamis disebabkan komplikasi akibat kanser kolon.

Pele bermain dalam 1,363 perlawanan sepanjang kerjayanya selama 21 tahun sebagai pemain bola sepak. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Legenda bola sepak Pele telah meninggal dunia pada usia 82 tahun di Sao Paulo.

Hospital Albert Einstein, di mana beliau sedang menjalani rawatan, memaklumkan bahawa bintang bola sepak Brazil itu meninggal dunia pada Khamis (waktu tempatan) disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat kanser kolon.

Perkara ini turut disahkan menerusi akaun Instagramnya.

Pele, satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali – 1958, 1962 and 1970 – bermain dalam 1,363 perlawanan sepanjang kerjayanya selama 21 tahun.

Dalam tempoh itu, beliau menjaringkan sebanyak 1,281 gol, dengan 77 gol dalam 92 perlawanan bersama pasukan negaranya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.