Enggan pakai pelitup muka dalam pesawat, lelaki Jepun dipenjara 2 tahun

Enggan pakai pelitup muka dalam pesawat, lelaki Jepun dipenjara 2 tahun

Pekerja universiti, Junya Okuno mendakwa pemakaian pelitup muka tidak saintifik dan menuntut arahan itu dibuat secara bertulis.

Pekerja universiti, Junya Okuno mendakwa mempunyai masalah kesihatan dan menghidap asma sejak kecil dan sukar bernafas jika memakai pelitup muka. (Gambar Twitter)
TOKYO:
Mahkamah Jepun memerintahkan hukuman penjara dua tahun dengan penggantungan hukuman empat tahun ke atas seorang warga Jepun yang enggan memakai pelitup muka di dalam pesawat pada 2020 yang mencetuskan pendaratan cemas, lapor Sputnik.

Pekerja universiti, Junya Okuno enggan memakai pelitup muka ketika dalam penerbangan Peach Aviation dari Hokkaido ke Osaka selepas pesawat itu berlepas, lapor penyiar Jepun NHK pada Rabu.

Pramugari meminta Okuno memakai pelitup muka dalam pesawat, namun dia enggan kerana mendakwa ia tidak saintifik dan menuntut arahan itu dibuat secara bertulis, menurut laporan itu.

Okuno berkata, dia mengalami masalah kesihatan dan menghidap asma sejak kecil dan sukar bernafas jika memakai pelitup muka, lapor NHK.

Kapten pesawat menganggap tingkah laku Okuno sebagai ancaman kepada 120 penumpang lain dan membuat pendaratan cemas di Niigata, sebelum meminta lelaki itu meninggalkan pesawat.

Ini menyebabkan pesawat lewat dua jam 15 minit berlepas.

Pendakwa raya Jepun menuntut Okuno dihukum penjara empat tahun kerana disyaki menyebabkan kerosakan kepada aktiviti profesional dan mutilasi. Mahkamah bersetuju tindakan lelaki itu merupakan ancaman keselamatan, menurut laporan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.