
Jurucakap tentera, Rigor Pamittan berkata, seorang lagi anggota tenteranya gagal dikesan selepas serangan itu.
Katanya, pasukan tentera itu sedang membantu mangsa gempa bumi di bandar Malibcong di utara wilayah Abra, Luzon sebelum pemberontak New People’s Army (NPA) melancarkan serangan hendap, lapor Xinhua.
Hampir 40 penduduk tempatan dilaporkan cedera akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Abra lewat malam Selasa.
Gempa bumi itu turut merosakkan kediaman dan bangunan, termasuk gereja lama di wilayah itu.
Pemberontak NPA menyerang kerajaan sejak 1969 dan menumpukan serangan di kawasan luar bandar.
Data ketenteraan mendedahkan NPA kini dianggotai 2,000 anggota, iaitu lebih rendah berbanding 1980-an.