
Gambar rasmi polis dan rakaman media Thailand menunjukkan pengunjung yang keliru dan bingung dikelilingi sampah sarap seperti selepas berpesta.
Kebanyakan pelancong terlibat warga China, kata jurucakap polis Thailand, Archayon Kraithong.
“Polis menjalankan ujian air kencing dan mendapati mereka telah menggunakan bahan terlarang,” katanya.
Ujian lanjut akan dilaksanakan untuk mengenal pasti dadah diambil pelancong berkenaan sebelum keputusan dibuat sama ada untuk mendakwa mereka, katanya.
Menurut hantaran dikongsikan di laman Facebook polis Thailand, dadah dipercayai digunakan termasuk ketamine, MDMA, methamphetamine, dan diazepam.
“Polis mendapati premis hiburan itu menjual dadah kepada pelanggan.
“Ini termasuk perkhidmatan deposit dadah, dan pelanggan boleh berjudi tanpa bimbang diganggu pihak berkuasa,” menurut hantaran itu.
Thailand hab transit utama narkotik dari kawasan digelar “Segi Tiga Emas” mempunyai undang-undang antidadah yang tegas.
Bagi kesalahan memiliki dadah Kategori 1 – termasuk MDMA dan methamphetamine – seseorang boleh dipenjara sehingga 10 tahun.