Lapangan Terbang Fukuoka tutup landasan selepas tayar pesawat pancit

Lapangan Terbang Fukuoka tutup landasan selepas tayar pesawat pancit

Lapangan terbang itu ditutup untuk siasatan selepas tayar sebuah pesawat ringan pancit ketika mendarat di lapangan terbang itu.

Satu landasan di Lapangan Terbang Fukuoka di Jepun ditutup selama 35 minit untuk menyiasat kejadian tayar sebuah pesawat pancit. (Gambar Facebook)
TOKYO:
Lapangan Terbang Fukuoka Jepun menutup seketika salah satu landasannya pada Khamis selepas insiden tayar sebuah pesawat ringan pancit selepas mendarat, lapor Sputnik, memetik agensi berita Kyodo.

Pesawat ringan yang membawa empat penumpang dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Chofu di Tokyo pada awal hari itu, menurut media tempatan.

Insiden berlaku kira-kira jam 15:00 waktu tempatan, apabila tayar pesawat pancit sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kebakaran dilaporkan akibat insiden itu.

Pihak berkuasa lapangan terbang bagaimanapun memutuskan untuk menutup landasan selama 35 minit tanpa mendedahkan puncanya.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.