Lebih 26,000 kes cacar monyet dilaporkan di AS

Lebih 26,000 kes cacar monyet dilaporkan di AS

California merekodkan jumlah kes paling tinggi setakat ini dengan 5,010 kes.

Amerika Syarikat mencatatkan lebih 26,000 kes cacar monyet setakat ini. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Lebih 26,000 kes cacar monyet direkodkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Isnin, menurut data dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

California merekodkan jumlah kes paling tinggi setakat ini dengan 5,010 kes diikuti New York (3,948) dan Florida (2,543), lapor Xinhua.

Menurut CDC penularan virus itu semakin perlahan kerana ketersediaan vaksin semakin meningkat dan kesedaran orang ramai bagi mengelakkan jangkitan.

Cacar monyet jarang membawa maut dan kebanyakan kes sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kematian bagi penyakit itu hanya sekitar 3% hingga 6%.

Bagaimanapun, individu dengan sistem imun defektif (terimunokompromi) berkemungkinan mengalami simptom yang teruk apabila dijangkiti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.