Pesawat bawa Maduro mendarat di New York

Pesawat bawa Maduro mendarat di New York

Menurut laporan media AS, Maduro dan Flores dijangka dipindahkan dengan helikopter ke sebuah penjara di luar New York.

Gambar edaran Pejabat Akhbar Rumah Putih menunjukkan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam kapal USS Iwo Jima. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores dibawa keluar dari sebuah pesawat di New York pada Sabtu selepas dipindahkan secara paksa ke Amerika Syarikat (AS) susulan operasi lewat malam AS di Caracas, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Menurut laporan media AS, Maduro dan Flores dijangka dipindahkan dengan helikopter ke sebuah penjara di luar New York.

Rakaman disiarkan media AS menunjukkan Maduro dikelilingi penguat kuasa undang-undang ketika diiringi keluar dari pesawat di Pangkalan Pengawal Kebangsaan Udara Stewart, manakala Flores tidak kelihatan dengan jelas.

Pasukan AS menahan dan menerbangkan Maduro bersama isterinya pada awal Sabtu dalam satu operasi dramatik pada waktu malam, menurut pengumuman Presiden Donald Trump, yang menyatakan AS akan mentadbir Venezuela sehingga satu “peralihan yang selamat, wajar dan berhemah” dapat dilaksanakan.

Pengkritik memberi amaran operasi itu melanggar undang-undang antarabangsa, membelakangkan Kongres serta berisiko mencetuskan ketidakstabilan lanjut di seluruh Venezuela dan rantau berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.