AS henti sementara proses visa 75 negara

AS henti sementara proses visa 75 negara

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Jan dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

H-1B visa
Jabatan Negara Amerika Syarikat sebelum ini memaklumkan di media sosial, lebih 100,000 visa dibatalkan sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan hampir setahun lalu. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara semua pemprosesan visa bagi 75 negara, termasuk Somalia, Rusia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Thailand dan Yaman, lapor Xinhua memetik laporan Fox News pada Rabu.

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Jan dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan sehingga jabatan berkenaan menjalankan penilaian semula terhadap proses pemprosesan visa, menurut laporan itu.

Perkembangan terbaru itu dibuat sehari selepas Rumah Putih mengumumkan penamatan status perlindungan sementara (TPS) untuk pendatang Somalia susulan dakwaan penipuan di Minnesota.

Pada Isnin, jabatan itu menyatakan menerusi media sosial bahawa lebih 100,000 visa dibatalkan sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan hampir setahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.