83 maut selepas Taufan Ian badai Florida

83 maut selepas Taufan Ian badai Florida

Presiden AS, Joe Biden berkata, Taufan Ian mungkin taufan terburuk pernah melanda negeri itu dalam sejarah.

Penduduk berdiri di atas jambatan musnah menghubungkan Pulau Pine sambil melihat kerosakan akibat badaian Taufan Ian di Matlacha, Florida. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Sekurang-kurangnya 83 maut selepas Taufan Ian membadai Florida minggu lalu yang menyebabkan kemusnahan besar, menurut satu laporan semalam.

Taufan tropika itu menyebabkan banjir dan kemusnahan besar di barat daya Florida, terutama Fort Myers, Fort Myers Beach dan Cape Coral.

Agensi berita Anadolu melaporkan, jumlah korban dijangka meningkat dengan memetik angka kematian yang dilaporkan NBC News.

Di North Carolina, empat kematian berkaitan Taufan Ian.

Tambahnya, usaha menyelamat masih perlahan selepas taufan Kategori 4 itu mendarat Rabu lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Khamis lalu berkata, Taufan Ian mungkin taufan terburuk pernah melanda negeri itu dalam sejarah.

“Ini mungkin taufan yang merekodkan angka kematian tertinggi dalam sejarah Florida. Jumlah masih belum jelas, tetapi daripada laporan awal, kami menjangkakan angka kematian adalah tinggi,” katanya di ibu pejabat Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.