8 maut, Puerto Rico dibadai taufan Fiona

8 maut, Puerto Rico dibadai taufan Fiona

Sejurus melanda Puerto Rico pada Ahad, Fiona mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di pulau itu.

Sebatang pokok tumbang dan tergantung di kabel elektrik di Salinas, Puerto Rico kelmarin. (Gambar AP)
SAN JUAN:
Kekuatan taufan Fiona meningkat kepada Kategori 4 semalam ketika bergerak menuju ke Bermuda selepas meninggalkan kesan kemusnahan di laluannya di Republik Dominica dan Puerto Rico yang meragut lapan nyawa.

Sejurus mendarat di Puerto Rico pada Ahad, Fiona mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di pulau itu.

Dua hari selepas itu, kekuatan Fiona terus bertambah ketika melanda Republik Dominican serta Kepulauan Turks dan Caicos.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, Fiona dengan kelajuan angin sehingga 215km/j semalam dijangka terus bertambah kuat ketika menuju ke Bermuda, namun ia tidak diramalkan akan melanda wilayah Britain secara langsung.

Di Puerto Rico, 40% daripada 3.3 juta populasi pulau itu masih terputus bekalan air dan sebahagian besar kawasan tiada bekalan elektrik.

Kerajaan masih menilai skala kemusnahan untuk proses pemulihan.

Taufan itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk seorang bayi berusia empat bulan yang sakit, tetapi tidak dapat dibawa ke hospital kerana semua jalan tidak dapat dilalui.

Puerto Rico pernah dilanda taufan kategori 5 yang dikenali sebagai Maria pada 2017 menyebabkan kira-kira 3,000 orang maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.