2 kakitangan kedutaan Rusia maut dalam letupan bom di Kabul

2 kakitangan kedutaan Rusia maut dalam letupan bom di Kabul

Menurut Kementerian Luar Rusia, seorang pengganas bertindak meletupkan bom di kawasan berhampiran pintu masuk bahagian konsular Kedutaan Rusia.

Menurut media tempatan, satu letupan kuat dilaporkan berlaku di sekitar bangunan kedutaan di kawasan Darul Aman, barat daya Kabul.

MOSCOW/ISLAMABAD: Dua kakitangan Kedutaan Rusia terbunuh dalam kejadian letupan bom di Kabul, Afghanistan, menurut Kementerian Luar Rusia pada Isnin, lapor agensi Anadolu.

“Seorang pengganas bertindak meletupkan bom di kawasan berhampiran pintu masuk bahagian konsular Kedutaan Rusia pada 10.50 pagi waktu tempatan.

“…dua kakitangan kedutaan terbunuh, dan warga tempatan turut menjadi mangsa serangan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Terdahulu, seorang terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila pengebom bunuh diri menyasarkan perhimpunan berhampiran Kedutaan Rusia.

Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan berhubung insiden berkenaan, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran menerusi Twitter.

Menurut media tempatan, satu letupan kuat dilaporkan berlaku di sekitar bangunan kedutaan di kawasan Darul Aman, barat daya Kabul.

Setakat ini, tiada butiran lanjut didedahkan kepada media mengenai serangan itu.

Baru-baru ini, pengganas Daesh menyasarkan makam dan masjid Taliban di Kabul serta beberapa bahagian lain di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.