13 maut dipanah petir di Yaman

13 maut dipanah petir di Yaman

Tujuh kematian berlaku di wilayah Hajjah manakala enam lagi di Amran.

Kejadian dipanah petir di Yaman juga menyebabkan 21 cedera dan kebanyakan mangsa menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran.

ADEN (Yaman): Seramai 13 orang terbunuh manakala 21 cedera akibat dipanah petir di Yaman dalam tempoh 24 jam, lapor Anadolu memetik Agensi Berita SABA pada Ahad.

Media tempatan melaporkan seramai tujuh orang meninggal dunia dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir di beberapa kawasan di wilayah Hajjah.

Sementara itu, enam wanita dilaporkan maut dan 13 lagi cedera ketika menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran.

Dalam perkembangan lain, pada 12 Ogos, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 77 orang terkorban akibat hujan lebat dan kejadian banjir di Yaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.