
Ketua Polis Raub, Mohd Shahril Abd Rahman, berkata kejadian berlaku pada 7 malam ketika lelaki terbabit, Md Shahangir, 37, ke kawasan itu untuk mencari adiknya.
“Siasatan mendapati mangsa tinggal di Kuala lumpur dan datang ke tapak pembinaan berkenaan sejak kelmarin, untuk melawat adiknya.
“Dia dipanah petir ketika berjalan antara rumah kongsi ke tapak pembinaan lebuh raya terbabit untuk bertemu adiknya sedang bekerja,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di klinik terbabit,” katanya.