
EILAT: Tentera Houthi di Yaman menyerang “sasaran penting” di Eilat, bandar pelabuhan Laut Merah Israel dengan sejumlah dron, kata Yahya Saree, jurucakap tentera kumpulan disokong Iran itu pada Sabtu.
Kumpulan itu melancarkan berpuluh-puluh serangan ke atas kapal antarabangsa di wilayah Laut Merah sejak November sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin dalam perang Israel dan Hamas.
“Operasi ini tidak akan berhenti sehingga pencerobohan dihentikan, pengepungan di Semenanjung Gaza ditarik balik dan pencerobohan di Lubnan berhenti,” kata Saree dalam ucapan di televisyen.
Serangan Houthi menjejaskan perdagangan global dengan pemilik kapal terpaksa menukar laluan kapal dari jalan pintas Terusan Suez, dengan Amerika Syarikat dan British melancarkan serangan balas sejak Februari lalu.