30 maut dalam letupan di masjid Kabul

30 maut dalam letupan di masjid Kabul

Mangsa korban termasuk ulama terkenal, Amir Mohammad Kabali.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat. (Gambar AP)
KABUL:
Angka kematian akibat letupan yang melanda sebuah masjid di Kabul ketika solat maghrib pada Rabu meningkat kepada 30 orang dan lebih 40 cedera, lapor Sputnik memetik sumber.

Mangsa korban termasuk ulama terkenal, Amir Mohammad Kabali.

Tiada kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Taliban mendakwa mereka mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan, tetapi kumpulan pengganas IS terus melakukan serangan ke atas orang awam dan polis di seluruh negara.

Dua minggu lalu, dua letupan di Kabul meragut nyawa 10 orang dan mencederakan 40 yang lain.

IS mengaku bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.